Saturday, November 7, 2020

ANAK-ANAK IBARAT KAIN PUTIH

 


Assalamualaikum, harap admin dapat siarkan lah cerita ini agar menjadi pengajaran buat semua. Sebelum itu aku minta semua dalam ini supaya bersifat terbuka kerana isu ini mungkin mengundang sensitiviti sesetengah pihak dan dianggap tidak sesuai sebagai bahan bacaan.


Aku seorang ibu yang bekerjaya. Mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 4 dan 2 tahun. Kedua mereka aku tempatkan di rumah pengasuh yang berhampiran dengan tempat tinggal aku. Aku namakan pengasuh aku itu Kak Ros. Kak Ros ni memang baik, dia jaga ramai anak asuhan. Aku tak kisahlah tentang itu. Tapi ada satu peristiwa ini yang membuatkan aku membuka mata dan bertekad mencari pengasuh lain.


Kisahnya malam sebelum tidur anak sulong aku Ziyad mengadu "Mommy, abang punya ni sakit" sambil tunjukkan kemaluan dia. Aku tanya lagi "Sakit macam mana?" Dia jawab "Sakit denyut-denyut Mommy". Aku tanya lagi "Siapa yang buat abang?" sebab musim PKPB ini sekolah tutup, mana jumpa kawan-kawan sekolah dia. Jadi aku cuma terfikir kawan-kawan di rumah asuhan Kak Ros sahaja. "Daniel yang buat..." sambil menunjukkan gaya orang sedang beronani. YaAllah masa itu aku yang sedang mamai nak tidur terus segar dan jadi tidak keruan. Tak sabar nak tunggu keesokkan hari untuk berjumpa Kak Ros dan ceritakan semuanya.  Iye bukan semua cerita anak kita boleh percaya 100%. Tetapi bila di filirkan bagaimana pulak anak aku yang berumur 4 tahun itu boleh tahu perlakuan yang kotor tu. Internet youtube semua aku control. Aku dekat rumah pun tak ada lah bermesra dengan suami lebih-lebih dihadapan anak. Jadi aku rasa aku kena confess dengan Kak Ros dan cari jalan penyelesaiannya.


Jadi, aku cadangkan dengan Kak Ros petang sebelum ambil Ziyad dan Zarul aku nak jumpa semua anak-anak asuhan dan bagi ilmu tentang pendidikan seks. Aku tak la tuju terus dekat Daniel seorang. Iyelah tak adil menghukum anak-anak  yang naif ni. Aku yakin perbuatan dia adalah dari faktor kurang perhatian daripada ibu ayah. Ibunya bekerja kilang. Kerja shiff. Keluar jam 4pg balik sampai rumah pukul 2petang. Ayah pula kerja kedai perabot. Biasa keluar kerja jam 10pg balik 10malam. Jadi masa untuk anak-anak terhad. Nak kerja senang beri sahaja handphone siap dengan sambungan internet 4G. Fuhhh. Aku print gambar tangan-tangan berulat, aku cakap bahagian-bahagian yang boleh dan tak boleh beri orang sentuh dan akibat jika beri orang sentuh. Sebab aku tahu budak-budak ni naif. 5 tahun apalah sangat dia tahu. Aku cakap lagi kalau sentuh  bahagian-bahagian terlarang tu akan berulat lah tangan-tangan diorang. Aku berdoa semoga tindakan aku ni dapat la membantu sedikit sebanyak. Dengan anak-anak aku sekali aku sekolahkan.


Keesokkanya Kak Ros bagitahu aku masa mandi Kak Ros nampak Daniel himpit-himpit Ziyad dari belakang. Korang faham la kan ape yang aku maksudkan ni. Ape lagi menyinga la aku ni. Terus aku cakap aku nak jumpa semua ibu bapa anak-anak asuhan tu. Syukur dipermudahkan aku dapat jumpa semua. Tapi aku tak sampai hati nak cakap dengan ibu Daniel tentang perbuatan anak dia. Aku cuma sharing tentang keburukkan beri anak handphone 100% tanpa kawalan. Pantau apa yang anak-anak tonton. Masa tu reaksi ibu Daniel angguk-angguk je setuju dengan apa yang aku cakap. Aku pun berharap la dia aplikasikan dekat anak dia.


Selang beberapa hari, masa aku nak ambil Ziyad dan Zarul sebab Kak Ros call cakap Zarul macam nak demam, budak Daniel tu baru je sampai. Ibu nya yang hantar. Sebab ibunya nak pergi kerja shiff petang. Pkul 4 hantar anak dekat pengasuh.  Aku tengok Daniel dengan rambut kusut masai nya. Tak terurus. Baju masih berbaju tidur, korang bayangkan dah jam 4 petang masih tak mandi. Duduk terperosok tengok handphone. Aku pun pura-pura la cakap "Daniel tengok apa tu, Acik nak tengok juga. Sama tak handphone Daniel dengan Acik". Dia mula-mula berat nak bagi. Lepas tu dia bagi juga. Aku ambil dan aku scroll bahagian youtube. Bila aku scroll bahagian history naik video-video yang die tengok semua lucah-lucah weh. YaAllah selamatkan lah anak ni dari hanyut. Kita dah cuba tapi kalau ibu ayah dia sendiri masih tak ambil kisah masih beri handphone dekat anak macam mana kita nak ubah anak tu. Lambat laun bila dia dah ketagih dan kelakuan dia bersifat kekal serta wujudnya ransangan tak mustahil boleh jadi lebih teruk. Silap-silap adik perempuan dia boleh jadi mangsa sebab dari umur 5 tahun dan terdedah. 


Kawan pejabat aku adalah kata mungkin yang tengok video lucah tu ayah dia. History tu yang buat anak dia tengok video-video seumpamanya tu. Tanpa sabar lagi aku call ayah Daniel tu bagitahu apa yang aku nampak. Ayah dia boleh tenang tanpa sepatah maaf dan menyesal pun. Dia cuma cakap "Oo iya..iya..iya..baik.." Aku kesian kat budak ni dapat ibu ayah tak guna macam tu. Nak suruh Kak Ros tak payah jaga anak mereka itu bukan hak aku. 


Jadi sekarang ni aku tengah usaha cari jalan lain untuk cari pengasuh baru buat anak-anak aku. Pesanan aku dekat orang-orang luar sana, tolonglah sayangi anak-anak. Pantau apa yang mereka buat dan lihat. Jangan nanti Sudah Terhantuk,Baru Terngadah kan. Anak-anak ni ibarat kain putih dan kitalah yang mencorakkannya. Jika kita cat putih,maka putih lah ia. Jika kita cat hitam, maka hitamlah jadinya. Pesanan akhir aku anak-anak kita adalah tanggungjawab kita.


Sekian, terima kasih.

-- Zizi

Friday, November 26, 2010

Pahlawan Pasir Salak

Saje nk flash back balik sejarah ni..korg igt x??aritu lps balik holiday ngn family di Lost World of Tambun kiteorg saje2 lalu n singah kompleks pasir salak…pastu mak aku reka cerita kat adik bongsu aku yg kononnyer J.W.W Birch tu pakcik dye..adik aku pun blurr la..and antara percaya @ x..so bg xnk mengelirukan dye aku post detail sejarah tu kat cni..hope dye bace lah..—->>>





PADA 2 November 1875, adalah tarikh kematian seorang residen British yang angkuh serta biadab. Hasrat James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch untuk terus ‘memperhambakan’orang Melayu tidak kesampaian sebaliknya kebiadapan lelaki asing itu menyebabkan nyawanya melayang. Itulah kemuncak kepada sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajah asing di Pasir Salak, sejarah agung yang akan terus dikenang sebagai bukti perjuangan demi cintakan bangsa, agama dan tanah air.


Sejarah panjang itu bermula pada 20 Januari 1874 apabila Raja Abdullah iaitu seorang daripada kerabat diraja Perak melakukan kesilapan terbesar apabila meminta sokongan British bagi membolehkan dirinya merebut takhta menjadi sultan. Lalu pada tarikh itu, Perjanjian Pangkor dimeterai dengan British mengiktiraf Raja Abdullah menjadi Sultan Perak manakala sultan sedia ada iaitu Sultan Ismail diturunkan daripada takhta. Bagaimanapun, terdapat satu daripada syarat Perjanjian Pangkor yang menjadi helah British bagi membolehkan mereka menjajah Perak – Sultan Perak harus menerima seorang Residen British untuk menasihati baginda memerintah.


JWW Birch kemudian dilantik sebagai residen pertama di Perak umumnya dan Tanah Melayu khususnya. Bagaimanapun, sebaik tiba di Perak, lelaki asing itu mula besar kepala dan berlagak bagaikan dirinya raja yang memerintah Perak. Dia mula ‘memijak kepala’ sultan dengan tidak lagi menghormati peranan dan kuasa diraja dalam sistem pemerintahan orang Melayu. Pelbagai peraturan baru yang menekan pembesar serta penduduk mula diperkenalkan Birch terutama membabitkan cukai yang tinggi. Keadaan itu menambahkan derita penduduk yang kebanyakannya hidup miskin. Birch juga cuba mengambil alih tugas mengutip cukai daripada pembesar Melayu apabila menetapkan syarat baru iaitu hanya pegawai yang dilantiknya saja boleh mengutip cukai manakala cukai Kerajaan Perak akan diurus pegawai British. Syarat itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pembesar Melayu.


Lelaki asing itu juga semakin besar kepala apabila sesuka hati campur tangan di dalam adat istiadat penduduk dengan menghapuskan sistem hamba yang sudah lama diamalkan di Perak. Sikap kurang ajar dan keangkuhan lelaki asing itu jelas terserlah apabila dia pernah mengarahkan sultan supaya diam dan mematuhi segala arahannya selaku residen apabila Sultan Abdullah menegurnya kerana membuat pelbagai tindakan tanpa merujuk kepada baginda. Kemuncak kebiadapan Birch adalah apabila dia memaksa Sultan Abdullah menandatangani surat supaya memberi hak kepada British untuk memerintah Perak. Sultan Abdullah diugut akan dilucutkan takhta jika baginda enggan menandatangani surat berkenaan. Ugutan itu menyebabkan baginda mengadakan mesyuarat dengan pembesar negeri di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875.



Mereka dimaklumkan mengenai hasrat British untuk mengambil alih pemerintahan negeri serta tugas mengutip cukai. Mendengar penjelasan Sultan Abdullah itu, pembesar semakin berang kepada British yang cuba menjajah Perak. Satu usul untuk membunuh Birch dikemukakan dan pelbagai cadangan diberikan antaranya dengan meracun, sihir dan menikam lelaki asing itu. Akhirnya mesyuarat bersetuju untuk membenarkan
Datuk Maharajalela iaitu pembesar kanan dalam Orang Besar Berlapan Perak serta Penghulu Pasir Salak, membunuh Birch dengan menikam penjajah itu.


Dalam pada itu, Birch terus memberi tekanan kepada Sultan Abdullah untuk membolehkan British menjajah Perak. Tekanan berterusan menyebabkan Sultan Abdullah terpaksa bersetuju menyerahkan Perak untuk diperintah British pada 2 Oktober 1875. Pada 15 Oktober 1875,Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir William Jervois mengumumkan yang Perak akan diletakkan di bawah pentadbiran British dan akan diketuai seorang pesuruhjaya. Surat pengisytiharan dicetak untuk ditampal di merata tempat di seluruh Perak. Pada mulanya ia ditampal di kawasan kediaman Birch di Bandar Baharu dengan diikuti istiadat tembakan meriam 21 das. Selepas itu surat berkenaan mula ditampal di tempat lain. Berita itu sampai ke pengetahuan Datuk Maharajalela menyebabkan pembesar itu semakin berang. Dia bertekad untuk tidak membenarkan penjajah itu terus menjajah tanah airnya.Datuk Maharajalela mengarahkan pengikutnya mula membina kubu di Pasir Salak dan mengumpulkan senjata kerana yakin yang Birch akan datang ke kawasannya untuk menampalkan surat pengumuman itu.


Sangkaannya benar apabila rombongan Birch tiba di Pasir Salak menggunakan rumah rakit dan perahu pada malam 1 November 1875. Pagi keesokannya, Birch memerintahkan orangnya naik ke darat dan jurubahasanya iaitu Mat Arshad idisuruh pergi ke rumah Datuk Maharajalela dan meminta pembesar itu menghadap lelaki British itu. Bagaimanapun, arahan Birch itu menyebabkan pemerintah Pasir Salak itu melenting, sudahlah lelaki asing itu menceroboh ke kawasannya, berlagak pula bagai raja dengan memerintah untuk menghadapnya. Reaksi Datuk Maharajalela itu segera disampaikan Mat Arshad kepada Birch tetapi lelaki asing itu tetap angkuh. Dia memerintahkan Mat Arshad dan pengikutnya segera menampalkan surat pemungutan cukai oleh British di seluruh pelusuk kampung. Melihat pengikut Birch menampalkan surat berkenaan, penduduk kampung mula berang. Mereka mengoyak surat yang ditampal itu tetapi pengikut British itu tetap meneruskan tugas menampal surat itu tanpa mempedulikan sensitiviti penduduk. Akhirnya situasi tegang mula tercetus. Mat Arshad masih tidak menghiraukan kemarahan penduduk Pasir Salak sebaliknya terus menampal surat pengumuman kutipan cukai di dinding kedai emas di kawasan itu. Tindakan Mat Arshad yang tidak mengendahkan larangan dan sensitiviti penduduk menyebabkan hati Pandak Indut semakin membara.


Pengikut Datuk Maharajalela itu meluru ke arah Mat Arshad dan terus mengoyakkan surat yang ditampal lelaki itu.Mat Arshad tidak peduli dan bagaikan mencabar Pandak Indut, dia terus menampal surat pengumuman yang baru. Sekali lagi Pandak Indut mengoyakkan surat berkenaan. Selepas beberapa kali surat berkenaan dikoyak dan melihat Mat Arshad terus menampalkan surat baru, Pandak Indut tidak dapat bersabar lagi. Baginya, lelaki Melayu yang menjadi orang suruhan bangsa asing itu sudah melampau.Dengan pantas Pandak Indut menusuk kerisnya ke jasad Mat Arshad. Lelaki itu mengerang kesakitan dan terus rebah ke tanah. Tindakan Pandak Indut menikam pengikut Birch itu seolah-olah satu isyarat supaya orang Melayu bertindak. Jeritan amarah penduduk bergema membelah langit Pasir Salak. Mereka mula mengamuk dan menyerbu ke rumah rakit Birch sambil merejam lembing. Askar pengawal Birch yang ketakutan melihat amukan dan serbuan penduduk kampung, segera melarikan diri meninggalkan rumah rakit itu tanpa pengawal.


Keriuhan di luar menyentak Birch yang sedang mandi ketika itu. Bagaimanapun, ketika dia menyedari yang penduduk kampung mula mengamuk, segala-galanya sudah terlambat.Rejaman lembing penduduk menembusi rumah rakit itu seterusnya menusuk jasad Birch. Penduduk terus merusuh ingin membunuhnya. Dalam keadaannya yang cedera parah, Birch cuba menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam sungai.Ketika dia timbul tercungap-cungap di permukaan air, Si Putum iaitu seorang pengikut Datuk Maharajalela daripada kalangan Orang Asli, dengan pantas menetak kepala lelaki asing itu menggunakan pedang. Darah merah mencemari air sungai dan jasad Birch akhirnya tenggelam dan dihanyutkan arus …


Kisah Lucu


Aku ada terbaca Majalah Remaja baru-baru ni. Ader 1 kisah tu lucu sangat. So, aku nak kongsi kisah tu dengan korang semua.

USIK PON TIDAK!

Pada suatu hari Razak sedang mengambil magga di kebun datuknya. Sedang Razak memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Razak melihat panorama itu. Tak lama kemudian di dengarinya suara

tangisan remaja perempuan itu, sambil teresak-esak sambil berkata "Abang, macam mana kalau saya mengandung nanti? Abang kena bertanggungjawab". "Sudahlah Sayang, kita serahkan semuanya kepada yang di atas( Allah )", jawab pemuda tersebut. Razak yang sedang asyik memerhati tersentak apabila mendengar kata-kata pemuda terbabit dan lantas berteriak. "Wah! wah ! Kamu berdua yang sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!".


Cintaku Si Kasanova


Aku sendiri
Alangkah bahagianya sekiranya hidup ini ada orang yang menyayangiku. Sejarah masa lalu mengajar aku erti sebuah percintaan. Pasti sukar untuk aku menerima kehadiran seorang leleki bernama suami. Pernah aku berangan-angan bahawa aku akan bertemu dengan lelaki idaman aku. Impian hampir menjadi kenyataan.

Pertemuan aku dan dia

Aku menghadiri sebuah Kursus di Pahang. Disana aku mengenali Reza ( bukan nama sebenar ). Bermulanya dari saat aku meminta nombor telefon Reza jejaka itu mulai rapat denganku. Walhal aku pada mulanya berhasrat mendapatkan nombor telefon reza untuk kawan baikku yang begitu tertarik dengan jejaka tersebut. Namun kawan baikku seolah-olah merestui perhubungan kami. Aku dengan Reza ibarat pasangan kekasih yang amat bahagia. Kehadiran Reza dalam hidupku membawa sinar yang terang. Walaupun aku baru mengenali Reza, keakraban kami seperti orang yang sudah berkenalan bertahun-tahun lamanya. Aku mempercayai hubungan kali ini kerana Reza memberikan komitmen yang tinggi dalam soal alam berumah tangga. Reza yang aku kenali seorang yang baik budi pekertinya. Sentiasa menjadi tumpuan pegawai-pegawai malah tempat rakan-rakannya meluahkan masalah yang dihadapi. Aku terpikat dengan jejaka ini pun kerana dia mempunyai karisma yang tinggi. Komited terhadap keluarga. Sungguh aku amat mengaguminya kerana masih ada lagi lelaki yang begitu bertanggungjawab terhadap keluarga. Aku yakin dia akan memberi sepenuh perhatiannya sekiranya aku menjadi suri hidupnya nanti. Hari-hari yang ku lalui terasa amat indah sehinggalah.....

Perubahan sikapnya

Sudah hampir sebulan aku dan Reza tidak bertemu. Komunikasi antara kami pun semakin hambar. Antara alasan yang sering diberikan kerana dia penat bekerja seharian dan mempunyai masalah keluarga. Hampir setiap hari akan ada saja pergaduhan. Kalau dahulu sekiranya terdapat selisih faham Reza akan mengalah. Tapi kini setiap kali salah itu adalah salahnya Reza akan memarahi aku kembali atau membiarkan sahaja aku terpinga-pinga tanpa sebarang jawapan. Aku dapat merasakn bahawa lelaki ini menyembunyikan sesuatu daripadaku. Hati aku kuat mengatakan sesuatu. Tetapi di relung hatiku ini pasti menagis sekiranya kemungkinan yang aku fikirkan terjadi. Namun yang pasti aku harus mencari jawapan untuk merungkaikan segala belenggu yang menganggu diri ini. Hampir gugur jantung ini saat aku melihat gambar Reza terpapar di skrin komputer. Puas ku tenung bagi memastikan kesasihan email yang ku baca. ”Sayang” kata-kata dari gadis tersebut kepada Reza....

Kesetiaan tercalar

Suatu masa dulu Reza memberi aku kata laluan emailnya. Aku sangka yang dia begitu setia dan yakin bahawasanya cuma aku seorang yang bertahta di hatinya. Tetapi jerat memakan diri sendiri. Saat aku membaca email yang di hantar oleh rakan-rakanya aku terkejut apabila membaca email dari salah seorang kekasihnya. Reza kah ini?. Reza yang ku kenali dulu seorang yang kuat cemburu dan sering mempertikaikan kesetiaan aku terhadap cintanya. Mana mungkin dia sanggup memduakan cintanya...

Kebenaran terbukti

Aku menghubungi kekasih Reza yang di kenali sebagai S bagi bertanyakan status hubungan mereka. Ternyata mereka telah menjalin kasih hampir dua bulan dan mereka hampir bertunang. Aku memutuskan untuk bertemu dengan S. Berbincang bagi mengelakkan pergaduhan antara kami. Tiba-tiba S pula dapat menghidu hubungan ketiga Reza bersama gadis yang dikenali sebagai A. A adalah rakan sekuliah S dan juga Reza. Begitu kejam lelaki tersebut sehingga sanggup memperlakukan sedemikian. Berjanji setia, sehidup semati namun janji-janji yang ditabur umpama racun dalam duri. Hubungan A dengan Reza hampir setahun lebih. Namun A langsung tidak dapat mengesyaki kecurangan lelaki tersebut. Kami berbincang dan memutuskan tiada seorang pun antara kami yang bersalah kerana kami masing-masing tidak mengtahui status Reza yang sebenarnya. Pesalah sebenarnya adalah Reza. Tidak ku sangka Reza yang ku agung-agungkan rupanya binatang bertopengkan manusia. Kehadiran gadis bernama Y mencetuskan kontoversi. Bukan madu tiga tetapi empat. Y sudah mengenali Reza hampir 7 tahun. Reza memang sudah melampau. Aku pada awalnya yang merestui hubungan Reza dengan S bertukar menjadi marah kerana Reza bertujuan hanya ingin mempermainkan kami semua.

Ketenangan yang dinanti

Aku memutuskan untuk melupakan lelaki itu. Setelah mendengar cerita kisah percintaan bekas-bekas madu yang tidak menjadi aku sedar bahawa Reza bukanlah takdir aku. Terlalu sukar untuk menerima lelaki itu kembali mahupun memaafkannya. Entah apa yang menyebabkan Reza tegar melakukan tindakan itu pun masih tidak dapat dipastikan. Aku hanya mengharapkan Reza berubah dan jangan mempermainkan hati wanita lagi. Mungkin dia sedang menginsafi apa yang telah dilakukan atau masih merasa bangga atas apa yang dikecapinya. Mugkin juga dia sedang berbahgia bersama Zatul mahupun Yantie. Aku merelakan cinta itu pergi kerana itu adalah rencana Allah S.W.T. Kita sebagai manusia hanya merancang tetapi perancangan Allah S.W.T itu lebih baik. Semoga hidup Reza diberkati dan bertemu jodoh yang sesuai untuk dirinya. Aku meneruskan kehidupanku seperti biasa. Bersama keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa setia di sisiku.